Tuesday, August 3, 2010

TAK TAU CERITA...

Bubur lambuk percuma
Oleh Hamizah Badiran
am@hmetro.com.my
2010/08/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SHAH ALAM: Kira-kira 400 kilogram (kg) beras, lapan kg udang kering dan 50 kg daging digunakan untuk menyediakan bubur lambuk oleh pihak Hotel Concorde Shah Alam, semalam.
Sudah menjadi tradisi sejak tujuh tahun lalu, setiap kali menjelang Ramadan, umat Islam dan orang ramai di negara ini pasti singgah di hotel itu untuk mendapatkan bubur lambuk istimewa secara percuma.


Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Concorde Shah Alam, Danny Malik berkata, bubur lambuk yang disediakan di hotel itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.


“Lebih enam tukang masak sukarela dan kakitangan hotel ditugaskan memasak 10 periuk besar untuk diberikan kepada orang ramai mulai jam 4.30 hingga 6.30 petang.


“Pada kali ini, kami sediakan 7,000 bungkus bubur berbanding hanya 6,000 bungkus saja pada tahun lalu dengan mendapat kerjasama daripada lebih 100 kakitangan hotel,” katanya di majlis pemberian bubur lambuk percuma itu di pekarangan hotel.


Tinjauan Harian Metro mendapati sambutan daripada penduduk amat mengalakkan dan pengunjung beratur panjang hingga kadangkala mencetuskan kesesakan hanya untuk mendapatkan bubur itu.


Seorang penggemar bubur, Norasliza Masarudin 24, berkata beliau mengambil bubur di situ bermula pada tahun lalu.


“Rasanya yang sedap membuatkan saya tak pernah lupa untuk singgah mengambilnya selepas waktu pejabat apabila tahu mereka memberikan bubur lambuk secara percuma,” katanya.


Sempena Ramadan tidak lama lagi, Hotel Concorde Shah Alam juga menawarkan bufet Selera Warisan dan 300 jenis hidangan lain.

No comments:

Post a Comment