Tuesday, October 26, 2010

sila bagitau mereka, tq...

Hanya murid daftar eKasih dapat bantuan
Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my
2010/10/27

Pemilihan KWAPM ikut data pelajar mulai tahun depan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memutuskan hanya murid yang berdaftar dengan eKasih akan menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), mulai tahun depan.

Keputusan itu dijelaskan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2009 mengenai penyata kewangan dan aktiviti kementerian, jabatan serta pengurusan syarikat kerajaan 2009.
Berikutan keputusan baru itu, Jawatankuasa Pengurusan Bantuan tidak lagi perlu membuat pemilihan kerana data murid akan diambil daripada eKasih yang dibangunkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

“Kementerian Pelajaran sudah menghantar surat peringatan kepada semua sekolah mengenainya April lalu, supaya mematuhi syarat berikutan teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara,” kata laporan itu.

Semalam, akhbar ini melaporkan pendedahan Audit mengenai penyelewengan dalam pengagihan bantuan KWAPM kepada murid tidak layak.

Mengikut laporan maklum balas itu, daripada lapan sekolah yang dipantau Audit, sebuah sekolah di Dengkil mengambil tindakan menukar guru yang menguruskan bantuan KWAPM ke sekolah lain.
Mengenai sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad yang disajikan kepada murid melalui Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Kementerian Pelajaran menjelaskan Surat Pekeliling Kewangan RMT ke sekolah rendah sudah dikeluarkan Julai lalu menetapkan Jawatankuasa RMT perlu memantau pelaksanaannya.

“Pemantauan setiap hari itu memastikan pelaksanaan RMT mengikut garis panduan dan peraturan ditetapkan,” katanya.

Berkaitan kelewatan agihan peruntukan RMT, kementerian memutuskan peruntukan disalurkan terus ke akaun bank sekolah mulai tahun depan.

Dalam pada itu, berkaitan kes pengurangan kompaun ditawarkan kepada pendatang tanpa izin (PATI) yang ditangkap dalam operasi Jabatan Imigresen dan diluluskan pegawai atasan tanpa melalui Jawatankuasa Rayuan Imigresen, jabatan itu menjelaskan pengurangan kompaun bagi kesalahan yang boleh dikompaun adalah mengikut kuasa Ketua Pengarah Imigresen, jika menerima rayuan pengurangan.

“Pertimbangan keputusan kompaun adalah berasaskan kepada pengurangan kesesakan di penjara, ketiadaan bukti kukuh untuk mendakwa, menjadi PATI bukan atas kehendak sendiri dan menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Jabatan Imigresen bagaimanapun mengakui ketiadaan sistem pengurusan fail kes yang lengkap dan teratur menyebabkan fail kes yang selesai diambil tindakan tidak ditemui kerana ia tidak disimpan secara berpusat.

Thursday, October 21, 2010

pwtc

Perhimpunan Agung Umno 2010: Rawatan percuma

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Setiap tahun gerai jualan yang dibuka sempena Perhimpunan Agung Umno menempatkan puluhan peniaga yang lebih bertumpu kepada jualan produk pakaian, perhiasan, wangian dan makanan selain perkhidmatan mengurut.

Namun, siapa sangka tahun ini pengunjung dan perwakilan bakal menerima perkhidmatan lebih istimewa apabila seorang peniaga menawarkan khidmat rawatan muka secara percuma sepanjang lima hari persidangan berlangsung.


Gerai yang terletak di aras tiga Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu dikendalikan syarikat kecantikan Nu Skin Malaysia yang terkenal dengan produk anti penuaan, ageLOC.


Menurut wakilnya, Norita Ja’afar, lima kakitangan terlatih bagi membantu merawat kulit wajah perwakilan dan pengunjung supaya kelihatan bersih dan cantik sepanjang persidangan berlangsung.

Wednesday, October 20, 2010

wayang free...

TAYANGAN UMUM
Tarikh : 22 Oktober 2010

GSC Alamanda, Putrayaja (Hall 8)

Tajuk : Lu Pikirlah Sendiri
Masa Tayangan : 2.00 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Komedi

Tajuk : Adnan Sempit
Masa Tayangan : 4.00 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Komedi

Tajuk : Semerah Cinta Stilletto
Masa Tayangan : 6.00 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Komedi

Tajuk : Lagenda Budak Setan
Masa Tayangan : 8.00 malam
Bahasa : Melayu
Genre : Drama

MBO Galaxy Ampang (Hall 1)

Tajuk : Duhai Si Pari-Pari
Masa Tayangan : 2.00 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Drama

Tajuk : Tiger, Woo Hoo
Masa Tayangan : 4.00 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Drama

Tajuk : Karaoke
Masa Tayangan : 6.00 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Drama

Tajuk : My Spy
Masa Tayangan : 8.00 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Drama

TGV Wangsa Walk

Tajuk : Belukar
Masa Tayangan : 2.00 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Drama

Tajuk : Kecoh Betol
Masa Tayangan : 4.10 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Komedi

Tajuk : Hooperz
Masa Tayangan : 6.45 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Drama

Tajuk : Evolusi KL Drift 2
Masa Tayangan : 9.00 malam
Bahasa : Melayu
Genre : Aksi

7.

TAYANGAN UMUM
Tarikh : 23 Oktober 2010

GSC Alamanda, Putrayaja (Hall 8)

Tajuk : Jin Notti
Masa Tayangan : 12.00 tengahari
Bahasa : Melayu
Genre : Komedi

Tajuk : Kapow
Masa Tayangan : 2.00 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Komedi

Tajuk : Niyang Rapik
Masa Tayangan : 4.30 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Komedi

Tajuk : Pisau Cukur
Masa Tayangan : 6.30 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Komedi

MBO Galaxy Ampang (Hall 1)

Tajuk : Senario The Movie Episod 2 : Beach Boy
Masa Tayangan : 12.00 tengahari
Bahasa : Melayu
Genre : Komedi

Tajuk : Pulau Asmara
Masa Tayangan : 2.00 petang
Bahasa : Cina
Genre : Drama

Tajuk : Cinta Ais Kacang
Masa Tayangan : 4.00 petang
Bahasa : Cina
Genre : Drama

Tajuk : Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami
Masa Tayangan : 6.00 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Drama

Tajuk : V3 Samseng Jalanan
Masa Tayangan : 8.00 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Drama

TGV Wangsa Walk

Tajuk : Muallaf
Masa Tayangan : 1.00 tengahari
Bahasa : Melayu
Genre : Drama

Tajuk : 2 Hati 1 Jiwa
Masa Tayangan : 3.00 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Komedi

Tajuk : Zoo
Masa Tayangan : 5.20 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Komedi

Tajuk : Santau
Masa Tayangan : 7.20 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Seram

Tajuk : Magika
Masa Tayangan : 9.20 petang
Bahasa : Melayu
Genre : Fantasi

Wednesday, October 13, 2010

SUSPEK PENGIDAP PENYAKIT LEMBU GILA RUGI THEN...

http://bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=534948

WOW

Bayi dapat penginapan hotel percuma seumur hidup


2010/10/14
DUBAI: Seorang wanita melahirkan bayinya di lobi sebuah hotel di sini kelmarin dan pemilik hotel yang terkejut berkata bayi lelaki wanita itu akan ditawarkan penginapan percuma sepanjang hayatnya.

Wanita berbangsa Kazakhstan itu turun ke lobi dari biliknya di tingkat 17 untuk ke hospital apabila berasa gesaan untuk melahirkan anak.
“Saya melihatnya bersandar di atas sofa dan apabila saya berkejar ke arahnya dan bertanya jika beliau memerlukan kerusi roda, beliau meminta saya mengambil dua helai tuala,” kata Ram Chandra Sharma, pekerja di hotel Grand Midwest di Bandar Media Dubai.
Click Here
Ram berkata, dia amat mengenali wanita itu kerana dia dan keluarganya menginap di hotel terbabit sejak dua bulan lalu. Suaminya berdiri di sebelahnya, namun anak lelaki mereka berusia lima tahun berada dalam bilik.

“Saya berlari ke kelab kesihatan di tingkat enam dan mendapatkan tuala,” kata Ram, yang tidak pernah berdepan dengan situasi cemas seperti itu.

Apabila dia kembali, wanita itu mahukan cadar dan Ram sekali lagi berkejar ke tingkat tujuh. Dia berkata, wanita itu kemudian baring dan diberi bantal dari sofa. Bayi lelaki itu kemudian dilahirkan di situ.

Pemilik kumpulan hotel itu, Mohammad Arshad Shah, berkata mereka akan menamakan bilik itu dengan nama bayi terbabit. Bilik 1708 biasanya dikhaskan untuk Shah yang beroperasi dari Ireland dan keluarganya, namun pejabat hadapan menawarkan bilik itu untuk pasangan berkenaan.
“Saya memiliki enam anak dan berasakan bayi ini adalah sebahagian daripada keluarga saya,” katanya.

“Bayinya dalam keadaan baik,” kata pengurus pejabat hadapan yang bercakap dengan suaminya.

Apabila bayi berkenaan membesar dia akan diberi jaminan tinggal secara percuma jika memilih datang ke Dubai untuk bercuti.

Ibu bapanya turut ditawarkan beberapa malam penginapan percuma apabila mereka menempah hotel itu lagi. – Agensi

TAHNIAH... SYOKNYA! konspirasi?