Monday, August 9, 2010

dulu u jerman belajar free...

Atarabangsa
Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my
2010/08/09

UTM tawar Ijazah Berkembar dengan Universiti Teknikal Ilamanau, Jerman

UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) mempelawa calon berkelayakan memohon mengikuti program ijazah berkembar antarabangsa dengan Universiti Teknikal Ilmenau (TUIL), Jerman.
Program itu diperkenalkan selepas Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan, UTM dan Fakulti Sains Komputer dan Automotif, TUIL menandatangani perjanjian persefahaman, baru-baru ini.
Koordinator program berkenaan, Prof Madya Dr-Ing Eko Supriyanto, berkata program peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) secara penyelidikan dalam bidang kejuruteraan bioperubatan.

Beliau berkata, antara bidang pengajian lain yang ditawarkan ialah biokemagnetan, oftalmologi, pengimejan perubatan, elektronik perubatan, pengurusan penjagaan kesihatan, biomekanik, terapi dan rehabilitasi.

Katanya, Program pengajian sains klinikal, pemprosesan bioisyarat, nanoperubatan, ‘drug delivery’ serta biosensor juga ditawarkan.

“Calon yang berjaya untuk program ini (selepas lulus proses pemilihan institut Jerman) dikehendaki mengikuti pengajian di TUIL dan akan menerima biasiswa ditawarkan kerajaan Jerman.
“Bagi program PhD pula, pelajar dikehendaki mengikuti pengajian sekurang-kurangnya sembilan bulan di universiti berkenaan bagi melayakkannya memperoleh ijazah berkembar.

“Ijazah berkenaan ialah PhD dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan dari UTM dan Doktor Kejuruteraan (Dr-Ing) dalam Bioperubatan dari TUIL,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Program kedoktoran bermula awal Jun lalu membabitkan pelajar UTM pertama iaitu Lai Khin Wei yang mendapat biasiswa dari Deutscher Akademischer Austausch Dienst, German Academic Exchange Service.

Khin Wei akan berada di Jerman selama 16 bulan. Di peringkat sarjana, pelajar akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Kejuruteraan (M Eng) Bioperubatan UTM dan Sarjana Sains Kejuruteraan (M Sc) Bioperubatan dari TUIL.

Eko berkata, program sarjana bermula Julai tahun depan pelajar yang berjaya dikehendaki mengikuti pengajian sekurang-kurangnya tujuh bulan di TUIL.

Calon berminat boleh menghubungi Ing Eko Supriyanto menerusi talian 016-7763004 atau Siti Aisyah Mualif (012-7188917). Emailkan maklumat terus kepada mel eko@utm.my dan aisyahmualif@utm.my.

No comments:

Post a Comment