Friday, November 17, 2017

Selamat Sejahtera dan Salam NEGARAKU Malaysia

YBhg. Tuan/Puan,

Sukacita pihak Kementerian Kewangan melalui Pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional (NEDO), Unit Strategi Nasional (NSU) ingin menjemput tuan/puan ke Majlis Pelancaran Alumni 1MET yang akan diadakan semasa Program Global Entrepreneurship Community (GECommunity 2) pada 12 – 13 Disember 2017 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Program ini bakal dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Apa itu GECommunity?

Program GECommunity adalah satu platform bagi menghimpunkan komuniti usahawan global bagi membincangkan topik-topik terpilih tentang keusahawanan, menggalakkan pembentukan jaringan kerjasama, berkongsi pengalaman dan mengadakan usahasama. Persidangan ini juga bertujuan menyediakan akses kepada usahawan tempatan untuk terlibat dalam ekosistem keusahawanan global.

Pelancaran Alumni 1MET

Majlis Pelancaran Alumni 1MET ini akan berlangsung pada 13 Disember 2017 jam 2.00 petang di Mainstage 2 (Exhibition Hall 4). Bersempena pelancaran 1MET Alumni ini, para peserta 1MET yang hadir adalah berpeluang untuk memenangi “1MET’s Plugged-In Jakarta Immersion Tour”.

Objektif utama “1MET’s Plugged-In Jakarta Immersion Tour” ini adalah untuk memberi pendedahan eksklusif kepada usahawan 1MET terhadap akses pasaran yang terbesar di ASEAN, iaitu Indonesia.

KESEMUA peserta program 1MET Mentoring adalah LAYAK untuk memenangi hadiah tersebut denganSYARAT tuan/puan: 

     1.  Perlu mendaftar diwww.gecommunity.co 

     2.  Hadir ke GECommunity 2017pada 12 & 13 Disember 2017 DAN

      3. E-mel pengesahan pendaftaran tuan/puan ke1met.alumni@gmail.com.

Kehadiran tuan/puan ke Majlis Pelancaran Alumni 1MET ini amatlah dihargai. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi 03-8890 6624 / 6625 / 6627 atau e-mel ke nedo@treasury.gov.my.

Sila click pada URL yang tertera di EDM yang dilampirkan bersama-sama emel ini untuk pendaftaran serta maklumat lanjut mengenai GECommunity 2017.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional | National Entrepreneurship Development Office (NEDO)
Unit Strategi Nasional | National Strategy Unit (NSU)
Aras 2, Perbendaharaan 2 
Kompleks Kementerian Kewangan 
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2
62592 Putrajaya
T: 03-8890 6627 | F:03-8890 6620 NEDO e-mel:nedo@treasury.gov.my

No comments:

Post a Comment