Tuesday, December 14, 2010

SAH KAH? DAH BERCAMPUR BAHAN KIMIA!

Sabun samak najis


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BERMULA awal Januari ini, Nasuha Herba & Rempah Karya Sari Sdn Bhd bakal melancarkan produk sabun serba guna terbaru, Sabun Herba Nasuha yang boleh digunakan untuk penyucian najis mughalazah, selain kegunaan harian seperti mandi dan membasuh.

Sabun Herba Nasuha juga boleh digunakan untuk masalah kulit kerana ia dihasilkan 100 peratus daripada bahan semula jadi iaitu tanah liat serta herba terpilih dan berbau harum.


Pengarah Urusannya, Nasuha Kasian berkata, Sabun Herba Nasuha memudahkan urusan masyarakat Islam untuk menyucikan diri mereka daripada najis mughalazah tanpa perlu menggunakan lumpur.

“Ia memudahkan urusan umat Islam dalam penyucian najis selain boleh digunakan dalam urusan harian,” katanya selepas majlis Hari Bersama Ejen Nasuha di Ladang Herba dan Rempah Nasuha Pagoh, baru-baru ini. Nasuha berkata, Sabun Herba Nasuha dijamin halal kerana ia dihasilkan daripada bahan semula jadi.


Menurut beliau, sabun itu tidak memberi kesan sampingan kepada semua jenis kulit.


Mengenai pasaran, menurut Nasuha, syarikat berkenaan sudah bersedia untuk memasarkan sabun itu ke seluruh negara, Asia Tenggara dan Asia Barat bermula 2011.

“Pada hari ini saja, kami sudah menerima lebih 20 ejen dari Brunei, Singapura, Arab Saudi serta Iran yang berminat untuk mengedarkan Sabun Herba Nasuha.


“Mereka berada di sini untuk menandatangani perjanjian usahasama bagi mengedar pelbagai produk Nasuha,” katanya.

Click Here

Pada majlis sama, pihak syarikat turut memperkenalkan konsep pemasaran dan perniagaan baru yang lebih memberi fokus kepada kualiti perkhidmatan ditawarkan kepada pelanggan masing-masing.

No comments:

Post a Comment