Wednesday, October 13, 2010

WOW

Bayi dapat penginapan hotel percuma seumur hidup


2010/10/14
DUBAI: Seorang wanita melahirkan bayinya di lobi sebuah hotel di sini kelmarin dan pemilik hotel yang terkejut berkata bayi lelaki wanita itu akan ditawarkan penginapan percuma sepanjang hayatnya.

Wanita berbangsa Kazakhstan itu turun ke lobi dari biliknya di tingkat 17 untuk ke hospital apabila berasa gesaan untuk melahirkan anak.
“Saya melihatnya bersandar di atas sofa dan apabila saya berkejar ke arahnya dan bertanya jika beliau memerlukan kerusi roda, beliau meminta saya mengambil dua helai tuala,” kata Ram Chandra Sharma, pekerja di hotel Grand Midwest di Bandar Media Dubai.
Click Here
Ram berkata, dia amat mengenali wanita itu kerana dia dan keluarganya menginap di hotel terbabit sejak dua bulan lalu. Suaminya berdiri di sebelahnya, namun anak lelaki mereka berusia lima tahun berada dalam bilik.

“Saya berlari ke kelab kesihatan di tingkat enam dan mendapatkan tuala,” kata Ram, yang tidak pernah berdepan dengan situasi cemas seperti itu.

Apabila dia kembali, wanita itu mahukan cadar dan Ram sekali lagi berkejar ke tingkat tujuh. Dia berkata, wanita itu kemudian baring dan diberi bantal dari sofa. Bayi lelaki itu kemudian dilahirkan di situ.

Pemilik kumpulan hotel itu, Mohammad Arshad Shah, berkata mereka akan menamakan bilik itu dengan nama bayi terbabit. Bilik 1708 biasanya dikhaskan untuk Shah yang beroperasi dari Ireland dan keluarganya, namun pejabat hadapan menawarkan bilik itu untuk pasangan berkenaan.
“Saya memiliki enam anak dan berasakan bayi ini adalah sebahagian daripada keluarga saya,” katanya.

“Bayinya dalam keadaan baik,” kata pengurus pejabat hadapan yang bercakap dengan suaminya.

Apabila bayi berkenaan membesar dia akan diberi jaminan tinggal secara percuma jika memilih datang ke Dubai untuk bercuti.

Ibu bapanya turut ditawarkan beberapa malam penginapan percuma apabila mereka menempah hotel itu lagi. – Agensi

No comments:

Post a Comment