RM10 sehari panggilan tanpa had dari luar negara
2011/03/31
DENGAN hanya membayar RM10 sehari, rakyat Malaysia yang berada di luar negara boleh membuat panggilan ke negara ini tanpa had menerusi FlexiRoam, perkhidmatan perayauan suara antarabangsa yang diperkenalkan syarikat telekomunikasi tempatan, Reapfield Technology Sdn Bhd.
Ketua Eksekutifnya, Jefrey Ong, berkata perkhidmatan yang memanfaatkan rangkaian Sistem Global bagi Komunikasi Mudah Alih (GSM) itu kini boleh didapati di 15 negara termasuk China, Australia, New Zealand, Thailand, Vietnam, Singapura dan United Kingdom (UK).
“Apa yang anda perlukan ialah mana-mana jenis telefon mudah alih, kredit FlexiRoam, kad SIM Malaysia dan kad SIM negara destinasi.
“Caranya mudah, pertama anda perlu mengaktifkan perkhidmatan perayauan FlexiRoam dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada FlexiRoam sebelum berlepas.
“Kedua, setiba di negara destinasi, anda perlu bertukar kepada kad SIM negara destinasi dan menghantar SMS kepada FlexiRoam memaklumkan nombor telefon baru, dan sejurus mendapat pengesahan anda boleh membuat panggilan,” katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan terbaru itu di Petaling Paya, semalam.
Pelancarannya disempurnakan Timbalan Menteri 1 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.
Ong berkata, dengan hanya RM10 sehari, FlexiRoam membolehkan pengguna membuat panggilan ke Malaysia dan menerima panggilan dari Malaysia tanpa had tanpa perlu menukar kepada nombor mudah alih antarabangsa yang baru.
Pengguna boleh menambah nilai kredit FlexiRoam di dewan pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, selain boleh membuat pembayaran menerusi laman web FlexiRoam.
Bagi pengguna korporat, FlexiRoam menawarkan perkhidmatan sama pada kadar RM2.75 sehari tertakluk kepada syarat.
Thursday, March 31, 2011
Tuesday, March 29, 2011
Sunday, March 27, 2011
Thursday, March 17, 2011
Wednesday, March 16, 2011
patutkah?
| hide details 9:28 AM (0 minutes ago) |
Monday, March 14, 2011
Friday, March 4, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)