Sunday, September 10, 2017

Magic my 2015

1. Dapat makan minum free

2. Nginap free uitm puncak alam

3. Flight airasia free return jb - KL

4. N offcoz kursus pun free. Lol!

Saturday, February 25, 2017

LEBIH cool daripada jerman. So no more mesir. Hidup Saudi. Lol


http://www.hmetro.com.my/node/209028
1. Belajar oversea

2. Free n Dapat $ lagi

3. Mudah buat haji serta ronda dunia

4. bergelar Dr kelak

Fairul Asmaini Mohd Pilus

asmaini@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kemurahan hati kerajaan Arab Saudi terhadap rakyat Malaysia memang tidak dapat disangkal lagi.

Selain pemberian biasiswa, kerajaan negara itu juga bermurah hati membiayai pengajian ramai pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di sana.

Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA), Putera Areff Roslan berkata, rakyat Arab Saudi mendapat pendidikan secara percuma di negara itu.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian di negara itu turut berpeluang menikmati kelebihan berkenaan sejak sekian lama.

“Kerajaan Arab Saudi tidak mengenakan sebarang yuran kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di sini (Arab Saudi) dan kini ada seramai 341 pelajar.

“Mereka mengikuti pengajian di Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Universiti Islam Al-Imam Mohammad Ibn Saud, Riyadh, Universiti Umm Al-Qura, Makkah dan Universiti King Abdulaziz, Jeddah.

“Kebanyakan pelajar ini mengikuti pengajian dalam bidang pengajian syariah, dakwah dan usuluddin, pengajian al-Quran, hadis serta pengajian Sastera Arab di peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD),” katanya dari Madinah, semalam.

Putera Areff berkata, setiap bulan pelajar Malaysia di sana mendapat 840 riyal (kira-kira RM995) untuk perbelanjaan harian.

“Selain itu, pada awal tahun pelajar Malaysia juga mendapat wang bantuan 800 riyal (RM948) untuk membeli buku pengajian.

“Kami disediakan penempatan percuma yang selesa dan pelajar diberikan subsidi makanan tiga kali sehari di universiti.

“Lebih menyeronokkan, pelajar luar kampus juga mendapat pengangkutan percuma dan setiap tahun kami diberikan tiket penerbangan pulang ke Malaysia,” katanya.

Menurut Putera Areff lagi, pihak PERSADA mengharapkan hubungan erat di antara Malaysia dan Arab Saudi dalam bidang pendidikan agama dapat dieratkan menerusi kunjungan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke negara ini, bermula hari ini.

Kata Putera Areff, beliau yang mewakili PERSADA mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi dan kepemimpinan Raja Salman Abdulaziz di atas jasa, pengorbanan serta keprihatinan kerajaan negara itu membantu pelajar Malaysia di sini.

“Kami bertuah berpeluang menuntut ilmu di bumi anbiya ini dan jasa kerajaan Arab Saudi tidak dapat dibalas dengan wang ringgit,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini mengeluarkan tawaran biasiswa penuh kepada 100 pelajar lelaki Malaysia untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Imam Mohamed Bin Saud, Riyadh.

Atase Budaya, Kedutaan Diraja Arab Saudi di Malaysia dalam kenyataannya memaklumkan syarat mengikuti pengajian peringkat diploma dan sarjana muda adalah berusia 17 hingga 24 tahun, sarjana (24 hingga 30 tahun) dan PhD, 30 hingga 35 tahun.

“Program biasiswa diadakan berterusan pada masa depan dan bagi yang berjaya dalam sesi temu duga akan memulakan pengajian pada September atau Oktober,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 5:19 AM

Wednesday, July 20, 2016

1met program. Good luck!


Salam sejahtera Mr X dari 1MET.

 

Sebagai peserta 1MET Bootcamp anjuran Kementerian Kewangan Malaysia yang anda hadiri sebelum ini, anda kini berpeluang untuk mendapatkan bimbingan daripada mentor-mentor yang berpengalaman luas di bidang perniagaan untuk membantu anda merealisasikan impian anda untuk menjadi usahawan yang berjaya.  Khidmat “mentoring” ini akan berjalan selama 6 bulan.

 

Bagaimana untuk dipilih sebagai “mentee”? Anda cuma perlu menyediakan “video pitch” idea perniagaan anda yang berdurasi 1 ke 3 minit dan menghantarnya kepada kami untuk dinilai.

 

Bagaimana untuk menghantar video anda? Terdapat 2 cara:

 

Cara 1:

 

a.       Masuk ke http://www.1metacademy.com

b.        Klik butang “JOIN”

c.        Di popup window yang keluar, klik “REGISTER”

d.       Di popup window berikutnya, isikan maklumat-maklumat yang dipinta dan klik “REGISTER NOW”

e.        Pergi ke email anda dan ikut arahan di dalam email bagi mengaktifkan akaun anda

f.         Setelah anda berjaya mengaktifkan akaun anda, anda akan dibawa ke “USER DASHBOARD”.  Anda boleh memuatnaik “pitching video” anda dengan menekan pilihan “Submit Video Pitch Here” dan ikut arahan-arahan yang diberikan.

 

Cara 2:

a.       Emailkan video anda secara terus ke1metvideopitch@nadiayu.com.myatau

b.        Emailkan “link” (samada DropBox, Google Drive, We Transfer atau OneDrive) video anda ke 1metvideopitch@nadiayu.com.my

c.        Sila nyatakan butir-butir berikut di dalam email anda:

                                 I.            no kp

                                II.            nama penuh

                              III.            no tel

                              IV.            email

                               V.            deskripsi projek

 

SILA AMBIL PERHATIAN. Tarikh akhir untuk memuatnaik video ini adalah pada 15 Ogos 2016.

 

Sekiranya anda memerlukan sebarang pertanyaan berhubung video pitch ini, anda boleh berhubung melalui:

 

Email: 1metvideopitch@nadiayu.com.my

Telefon: 03 – 77258085

 

Semoga berjaya!

 

Sekretariat

1MET Academy