Penghuni kuarters terima RM2,000
2011/01/29
KUALA LUMPUR: Seramai 19 penghuni Kuarters Kerajaan Jalan Cochrane di sini, menerima sagu hati perpindahan RM2,000 setiap seorang daripada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM).Timbalan Ketua Setiausaha JPM, Datuk Othman Mahmood, berkata sumbangan itu bagi meringankan beban penghuni kuarters terbabit selain membantu mereka menempatkan anak di sekolah berhampiran kediaman baru. “Selain JPM, kami meminta bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu penghuni berpindah dan Kementerian Pelajaran untuk menempatkan anak penghuni di sekolah berhampiran,” katanya.