Monday, September 20, 2010
Saturday, September 18, 2010
belajar free... so cepat2 nikah & hamil then
Monday, September 13, 2010
TQVM SEMUA SEBAB JIMAT 10K SELEPAS BERJAYA TEBUK DARA DI ERA AKHIR ZAMAN NIH...
2010/09/14
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Laman sembang sosial yang popular untuk mencari rakan, menyalur maklumat dan tempat bersembang menerusi maya dikesan turut disalah guna segelintir lelaki sebagai alat menjerat gadis termasuk masih di bangku sekolah rendah terjebak dalam kancah perzinaan.
Lebih mengejutkan ada mangsa yang terjerat itu seawal usia 11 tahun selepas terperangkap dengan kata-kata manis menerusi laman terbabit.
Mendedahkan barah sosial yang menakutkan itu, seorang mangsa hanya mahu dikenali sebagai Elin, 13, berkata dia didedahkan dengan sembang Internet sejak dari kecil oleh keluarganya.
“Saya jadi obses bersembang di ruang maya hingga sanggup tidak turun makan. Balik sekolah terus menghadap komputer, berjam-jam pun tak menjadi masalah.
“Seronok ada ramai kawan sebab di rumah selalu sunyi. Masa itu pun saya ada lebih 2,000 kawan di ruangan Friendster itu yang kebanyakan tak pernah jumpa bersemuka pun.
“Dalam ramai-ramai, ada juga beberapa lelaki cuba mengurat dengan menghantar ayat cinta dan saya akui seronok,” kata anak sulung daripada tiga beradik itu.
Menurutnya, tanpa disedari kekerapan bersembang dengan imaginasi yang membuai itu menyebabkan perasaan mahu berjumpa lelaki terbabit membuak-buak.
Pertemuan demi pertemuan selepas itu daripada bermulanya aksi ringan-ringan hinggalah terjadinya perbuatan sumbang yang akhirnya menyebabkan Elin terjebak dengan kehidupan liar.
Seorang mangsa lain, hanya mahu dikenali sebagai Maimun, 16, berkata dia tidak menyangka pergaulan bebas di ruang maya turut dijadikan tempat merancang aktiviti maksiat dengan rakan sealiran.
“Kami bebas meluahkan apa saja tanpa sekatan. Malah saya turut ‘join’ (masuk) dalam kumpulan gadis lain yang menubuhkan kelab sayang balak (teman lelaki).
“Bersembang dengan mereka lebih baik daripada memikirkan masalah keluarga. Saya duduk dengan emak selepas ayah ceraikan emak.
“Emak kerap bawa balik lelaki dan dia juga minum arak. Saya fikir, kalau emak boleh buat macam itu, maknanya saya pun boleh melakukan perkara yang sama. Malah, kali pertama saya masuk ke disko ialah bersama emak,” katanya.
Disebabkan itu Maimun menyatakan dia mula berjinak-jinak dengan laman sembang sosial sebagai satu cara melepaskan tekanan, di samping mencari rakan.
Kali pertama dia terperangkap dalam aktiviti seks bebas menerusi laman sosial ialah dengan kenalan lelaki berusia 22 tahun, manakala Maimun ketika itu masih belajar dalam tingkatan dua atau 14 tahun.
Apapun, Elin dan Maimun yang kini dalam proses pemulihan di Rumah Iman Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) berharap masih ada sinar kepada mereka untuk bertaubat.
Cuma apa yang ditakutkan mereka ialah bagaimana mahu menghadapi dugaan sebaik saja keluar daripada rumah pemulihan itu kelak, lebih-lebih lagi menerima tiga ancaman moden terbesar dalam hidup mereka sebelum ini iaitu komputer, telefon bimbit dan televisyen.
Pengerusi Sidim, Hanafi Abdul Malek berkata sesuatu perlu dilakukan dalam kes zina berkaitan dengan laman sembang sosial yang nampaknya disalahguna untuk menggalakkan aktiviti seumpamanya.
Saturday, September 11, 2010
Monday, September 6, 2010
malam 27 ramadhan, nisfu syaaban, israk mikraj, nuzul quran +...
MAKKAH: Lebih tiga juta umat Islam menunaikan solat khas pada malam ke 27 Ramadan kelmarin, mengharapkan rahmat Lailatul Qadar.
Masjidil Haram di sini sesak dengan ratusan ribu jemaah yang datang untuk menunaikan umrah, solat Tarawih, Qiamulail serta solat khas untuk mendapatkan rahmat Lailatul Qadar yang ganjarannya sama dengan 1,000 bulan.
Pihak berkuasa Arab Saudi sudah membuat semua persiapan untuk menerima kehadiran sebegitu ramai jemaah dari dalam mahupun luar negara. Raja Abdullah sendiri berada di Makkah untuk menyelia perkhidmatan yang diberikan kepada tetamu Allah. Kira-kira 4,500 anggota polis dikerah untuk mengawal ketenteraman sementara 10,000 pekerja pembersih ditugaskan memastikan kawasan dalam masjid dan sekitarnya sentiasa bersih dan teratur.
Dalam pada itu, 20,000 mesin pendingin air di tempatkan di beberapa bahagian masjid untuk kegunaan jemaah sepanjang 24 jam.
Meskipun begitu ramai jemaah, aliran trafik di Makkah lancar dan tidak ada kemalangan besar dilapor berlaku.
Pasukan keselamatan khas pula ditempatkan untuk membantu menangkap penyeluk saku dan penjenayah lain sementara Jabatan Pertahanan Awam sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dengan kelengkapan memadam api dan unit penyelamat di pusat kota Makkah.
Semua hotel dan apartmen di bandar suci itu habis disewa. Jualan sejadah sembahyang meningkat kerana ramai yang membelinya kerana terpaksa menunaikan solat di luar masjid. Jumlah jemaah yang ramai juga mendorong pemandu teksi dan bas mini menaikkan tambang untuk mengangkut jemaah dari hotel mereka ke masjid. Pihak berkuasa Saudi turut mengerah pegawai majlis tempatan memeriksa restoran makanan segera di sekitar Masjidil Haram bagi memastikan mereka memenuhi syarat kebersihan makanan.
Di Masjid Nabawi di Madinah, sejumlah besar jemaah terdiri daripada pekerja dan pelawat asing menunaikan Tarawih dan Qiamulail malam tadi. - Agensi
paspot free...
Exemption of payment
Exemption of payment is given to the handicap or disable person on the condition that they produce a letter from the Welfare Department.
http://www.imi.gov.my/index.php/en/services/citizens/passport-/pma
Sunday, September 5, 2010
Thursday, September 2, 2010
Wednesday, September 1, 2010
standby esok...
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,000 kotak One Drop Perfumes (ODP) diedarkan secara percuma kepada orang ramai dari jam 11 pagi hingga 12.30 tengah hari esok, di laluan pejalan kaki luar stesen LRT Masjid Jamek.
Pengarah Eksekutif One Drop Sdn Bhd, Zetty Syazleen Ismail berkata, pemberian secara percuma yang julung kalinya diadakan itu bertujuan menghargai pengguna pewangi berkenaan.“Pemberian ini dilakukan untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri yang bakal diraikan minggu depan.
“Selain mempromosikan jenama ODP, ia kesinambungan kempen yang dianjurkan syarikat ‘Badan Wangi Poket Berisi,” katanya.
Menurutnya, menerusi kempen berkenaan syarikat menerima maklum balas sangat baik daripada pelanggan, sekali gus pemberian percuma itu dianggap sebagai ganjaran atas kerjasama mereka.
Katanya, pemilihan lokasi berkenaan dilihat sebagai bertepatan berikutan ia menjadi tumpuan ramai terutama Jumaat dan orang ramai perlu mengunjungi kaunter ODP.